Tuesday, September 9, 2014

SOALAN RAMALAN SAINS UPSR 2014

Ini soalan bocor kertas sains upsr 2014? Pasti ramai yang akan bertanya pasal ni. Kalau pun ada orang yang benar-benar berjaya menyeludup soalan-soalan upsr dari KPM ini, mana mungkin nak mendedahkannya sesuka hati kan?

Baiklah, sebenarnya aku nak berkongsi soalan-soalan ramalan yang mungkin keluar pada bahagian B kertas sains upsr tahun ini. Diingatkan, ini cuma ramalan sahaja..

Berikut adalah tajuk yang diramalkan bagi tahun 2014 untuk bahagian B kertas sains:


Kalau orang lain boleh buat ramalan, aku pun nak cuba jugak la. Ramalan yang aku buat ni berdasarkan analisis dan instinct aku sendiri.

OK. Aku nak share kat bawah ni. Diingatkan sekali lagi, ini bukan soalan bocor ya! Kalau kebetulan ianya hampir sama dengan soalan sains UPSR 2014, jangan menyesal pula kerana ambil endah tak endah.. hihi.

Soalan-soalan ramalan:

1. Tajuk: Pencaran biji benih.
*perbandingan agen pencaran & tumbuhan
*kemandirian spesies + ciri-ciri benih (inferens)
*ciri-ciri biji benih vs agen pencaran (hubungan)

2. Tajuk: Pengaratan
*tujuan penyiasatan (kehadiran udara + air)
*kaedah pencegahan karat (cat, gris)
*pemerhatian lain; warna perang, pudar/tak berkilat, kasar permukaan

3. Tajuk: Pengembangan Udara
*bola pingpong kemek, air berbeza suhu
*hubungan suhu & kembali ke bentuk asal
*udara mengembang (inferens)

4. Tajuk: Pengawetan makanan
*Kandungan air dalam makanan vs ketahanan makanan
*mikroorganisma/fungi habitat lembap, mudah membiak ada air (inferens)
*cara lain pengawetan yg singkirkan air

5. Tajuk: Buruj
*situasi pengembara rujuk buruj: arah
*Pari-arah selatan, Biduk&belantik-arah utara
*kemunculan buruj pada bulan tertentu shj, mengapa? Bumi beredar mengelilingi matahari

6. Tajuk: Mesin ringkas
*takal atau satah condong

No comments: