Thursday, June 11, 2015

PEMBENTANGAN KEPENTINGAN INTERAKSI ANTARA ORGANISMA-PERSEKITARAN DAN KEPENTINGAN FOTOSINTESIS KEPADA EKOSISTEM SEIMBANG

Pembentangan bagi kesan interaksi antara organisma hidup terhadap persekitaran serta kepentingan proses fotosintesis kepada ekosistem yang seimbang dapat dipersembahakan melalui penulisan ini:

A) Kepentingan interaksi antara organisma hidup dengan persekitaran

-Peranan organisma hidup?
-Kesan kepupusan/penyusutan organisma?
-Aktiviti manusia dan kaedah menangani?

B) Kebaikan kawalan biologi dalam pertanian

Kawalan biologi lebih bersifat mesra alam. Kawalan biologi adalah kaedah bagi mengawal populasi haiwan perosak dengan tanpa menggunakan racun perosak (bahan kimia). Kebiasaannya, interaksi mangsa-pemangsa digunakan sebagai kawalan biologi di Malaysia.

Sebagai contohnya;
  • Memelihara ikan dalam kolam bagi memakan jentik-jentik
  • Burung hantu dipelihara di ladang sawit untuk memakan tikus
  • Kumbang Ladybird memakan afit, perosak tumbuhan
  • Ular dipelihara di ladang sawit untuk menangkap tikus 

Kebaikan Kawalan Biologi
a) Murah dan tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi
b) Selamat digunakan tiada kesan sampingan
c) Tidak mencemarkan alam sekitar
d) Tidak mendatangkan kesan buruk kepada organisma lain kecuali perosak
e) Kesannya adalah lebih lama


C) Keburukan kawalan biologi dalam pertanian

Keburukan Kawalan Biologi
a) Memerlukan masa yang lebih lama
b) Sukar dikawal kerana melibatkan organisma hidup
c) Perlu perancangan dan pengurusan yang lebih teliti
d) Sesetengah pemangsa membahayakan manusia, contohnya ular


D) Kepentingan proses fotosintesis dalam mengekalkan ekosistem seimbang



-Maksud fotosintesis?

(Petikan dari wikipedia) Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen.

6CO2 + 12H2O + Tenaga Cahaya --> C6H12O6 + 6O2 + 6H2O

Klorofil digunakan oleh tumbuh-tumbuhan hijau, alga dan cyanobakteria; klorofil dijumpai dalam membran tylakoid. Elektron-elektron daripada klorofil menembusi rantaian pengangkutan elektron, yang mana ATP terhasil daripada chemiosmosis. Dalam fotofosforilasi cyclic, elektron-elektron balik ke klorofil
Dalam non-cyclic fotofosforilasi, elektron-elektron digunakan untuk menurunkan NADP, dan elektron-elektron balik kepada klorofil daripada H2O atau H2S. Apabila H2Odioksidakan oleh tumbuh-tumbuhan hijau, alga dan cyanobakteria,Oksigen (O2) dihasilkan.

Oksigen akan dibebaskan sebagai bahan sampingan, sementara hidrogen akan digunakan untuk bertindakbalas dengan CO2 dan karbohidrat untuk menghasilkan menjadi gula(glukosa), hasil akhir fotosintesis.

Proses fotosintesis penting bagi semua kehidupan disebabkan tumbuhan yang bergantung hidup kepada matahari ini akan menjadi makanan kepada haiwan herbivor yang akan menjadi makanan kepada omnivor atau karnivor yang lain.


-Peranan fotosintesis kepada ekosistem yang seimbang?

i) Meningkatkan kandungan oksigen dalam atmosfera 
Pernahkah anda berada di bawah sepohon pokok yang rendang dan menghirup udara yang segar di situ? Mengapa perkara ini tidak berlaku jika kita berada di bawah khemah walaupun di tempat yang sama dengan pokok rendang tersebut? Sudah pastinya oksigen yang terbebas daripada proses fotosintesis menyebabkan udara yang disedut terasa lebih nyaman. Kandungan oksigen yang tinggi membuatkan kita berasa lebih nyaman.

Oleh demikian, proses fotosintesis sangat berguna kepada kehidupan ini. Bumi memerlukan kira-kira 21% oksigen dalam udara untuk memastikan wujudnya hidupan. Bayangkanlah sekiranya kadar oksigen menyusut tanpa diganti. Oksigen di sekeliling kita digunakan secara berterusan untuk proses pernafasan manusia dan hidupan lain serta semasa proses pembakaran. Banyak lagi proses di sekeliling kita menggunakan oksigen selain proses pernafasan dan pembakaran. Tanpa disedari, oksigen akan berkurang. Pengganti terbesar oksigen yang hilang ini adalah melalui proses fotosintesis di mana oksigen dikembalikan semula ke dalam udara!

ii) Menghilangkan karbon dioksida dari atmosfera

Proses respirasi (pernafasan) manusia dan hidupan lain membebaskan karbon dioksida (CO2), pembakaran hidrokarbon seperti membakar sampah organik, daun-kayu, bahan api dan arang batu membebaskan jumlah karbon dioksida besar setiap hari dan pembebasan karbon dioksida oleh industri/kilang menyebabkan bumi kita dipenuhi oleh gas karbon dioksida.

Karbon dioksida boleh mendatangkan beberapa kesan yang tidak elok kepada manusia, hidupan laian dan persekitaran. Karbon dioksida yang banyak di atmosfera boleh menyebabkan kejadian kesan rumah hijau. Kesan rumah hijau berlaku semasa komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.

Kesan rumah hijau menyebabkan pemanasan global. Suhu bumi akan meningkat dan menyebabkan pelbagai bencana kepada hidupan seperti kenaikan aras laut (tenggelamnya penempatan di aras rendah dari paras laut), kemarau berpanjangan (maka sumber makanan berkurang) dan menyebabkan wujud pelbagai penyakit.

Peranan proses fotosintesis amat penting menyerap karbon dioksida yang berlebihan ini. Sila rujuk persamaan tindakbalas proses fotosintesis yang telah ditunjukkan, di mana karbon dioksida, air dan tenaga cahaya matahari diperlukan untuk meneruskan proses ini.

6CO2 (karbon dioksida) + 12H2O (air) + Tenaga Cahaya --> C6H12O6 + 6O2 + 6H2O


iii) Hasil akhir fotosintesis, memberikan sumber makanan kepada hidupan lain
Proses fotosintesis menghasilkan makanan bagi tumbuhan. Makanan ini sebagian digunakan oleh tumbuhan itu sendiri dan sisanya dibawa ke bahagian yang lain. Manusia dan haiwan secara langsung ataupun tidak langsung bergantung pada tumbuhan hijau untuk memperoleh makanan. Daun, batang, buah, biji, dan ubi merupakan bagian dari tumbuhan yang digunakan sebagai sumber makanan bagi manusia dan haiwan. Beberapa bagian tumbuhan yang dapat digunakan sebagai bahan makanan baik yang langsung dimakan ataupun dimasak terlebih dahulu di antaranya adalah akar, batang, daun, buah, bunga, dan biji.

Akar merupakan bagian pada tumbuhan yang tumbuh di dalam tanah. Air dan mineral yang diperlukan oleh tumbuhan diserap oleh akar dari dalam tanah. Tumbuhan yang akarnya dijadikan bahan makanan, contohnya adalah ubi kayu, lobak, dan keladi.

Selain akar, pada beberapa tumbuhan batang dimanfaatkan sebagai bahan makanan. Contoh tumbuhan yang dimanfaatkan batangnya sebagai bahan makanan adalah tebu, sagu, dan rumbia. Pada beberapa tumbuhan bagian batangnya ada yang berubah fungsi menjadi umbi batang, contohnya kentang dan ubi keledek.

Ibumu mungkin pernah membuat sayur kangkung atau bayam. Bayam dan kangkung merupakan tumbuhan yang dimanfaatkan daunnya sebagai bahan makanan.

Limau, epal, mangga, betik, dan pisang merupakan jenis tumbuhan yang buahnya dapat langsung dimakan oleh kita tanpa harus diolah terlebih dahulu. Namun demikian, beberapa jenis tumbuhan lain yang dimanfaatkan buahnya sebagai bahan makanan tidak dapat dimakan langsung, seperti terung dan labu.

Tumbuhan yang bunganya dapat dimanfaatkan sebagai bahan makanan antara lain adalah brokoli atau bunga kubis dan bawang. Di dalam bunga banyak terkandung mineral dan vitamin.

Nasi yang berasal dari beras merupakan makanan pokok yang sehari-hari kita makan.Selain itu, di Malaysia makanan pokok lainnya adalah jagung dan gandum. Beras, jagung, dan gandum merupakan biji-bijian yang merupakan sumber karbohidrat. Tumbuhan lain yang bijinya dimanfaatkan sebagai bahan makanan adalah kacang soya, kacang tanah, dan kacang panjang.


-Kesan pembangunan, pertanian dan pembalakan tak terkawal kepada ekosistem?

Tumbuhan adalah hidupan yang menjalankan proses fotosintesis. Sekiranya tumbuhan dimusnahkan dengan sengaja dan berleluasa, kesannya pada ekosistem akan menjadi lebih teruk.

Pembangunan yang tidak terancang mengakibat gangguan kepada sistem ekosistem kita. Pencemaran yang terhasil daripada pembuangan sisa industri, pembakaran bahan api fosil, perlombongan berlebihan, pembukaan kawasan baru untuk penempatan dan sebagainya memberi kesan buruk kepada hidupan dan tumbuhan khususnya. Pencemaran air, udara dan terma boleh membuatkan tumbuhan mati.

Bagaimana proses fotosintesis boleh terganggu akibat pencemaran ini? Salah satunya disebabkan oleh  jerebu yang menghalang cahaya matahari daripada samapai ke permukaan bumi. Selain itustoma ditutup oleh habuk dan jelaga. Ini menurunkan kadar fotosintesis. Hujan asid juga boleh memusnahkan tumbuhan dan akhirnya mengurangkan jumlah tumbuhan di sekeliling kita.

poin 2 # Penggunaan baja dan racun perosak dalam pertanian.

poin 3 # Kesan pembalakan secara berleluasa


1 comment:

daegonzahorik said...

888 Casino - San Jose, CA - Mapyro
Find the cheapest 거제 출장안마 and quickest way to get from 여주 출장마사지 888 Casino 김제 출장안마 to The Star at Address: 888 용인 출장안마 Casino, 888 군산 출장샵 Casino. Map.